Wednesday, November 25, 2009

Update untuk bulan November 2009..

Huhu.. lama dah tak mengupdate. Malas bukan main.. So.. apa citer aku kali ni? Urusan tentang kelas semua berjalan ngan lancar. Kelas semua bleh follow except ada satu subjek je yang dirasakan mencabar otak skit. Subjek Insect Molecular Biology. Huhu.. killer subjek ni. Pastu sebelum abis tempoh registration aku ada add lagi satu subjek. ENT 299 : Graduate Seminar in Entomology. Patut aku kena amik tahun depan tapi aku kena gak amik sesi ni pasal dikhuatiri tahun depan dah tak cukup orang nak amik. Huhu... Bleh kata lab ngan kelas semua ok lah. Aku free selasa ngan jumaat. Hari lain semua ada kelas except weekend la.
+++++
Pastu apa lagi ek.. urusan tolong member aku pun berjalan lancar. Laki dia pun dah balik. Tinggal dia ngan anak dia je. Umah dia pun ok.. kelas dia.. hal nak dapatkan pengasuh anak semua ok. Skang ni cuma dia tengah pening nak setelkan hal dapatkan visa student ngan hal visa anak dia je. Masih lagi dalam proses menyiapkan semua dokumen2 yang diperlukan. Bila semua complete nanti bleh la proceed ke imigresen. Hopefully by the time nak balik cuti krismas nanti.. dia dah bleh dapat visa dia. Mudah-mudahan..
+++++
2 minggu lepas macik aku datang ke Filipina. Ada urusan kerajaan negeri Melaka dekat Mindanao. Huhu.. hebat2. Nak dijadikan cerita plak.. macik aku terjumpa lah ngan sorang sedara bau2 bacang masa tu. Kebetulan pulak sedara tu orang umah dia keja kat Kedutaan Besar Malaysia. So.. macik aku pun call aku dan bagitau pasal hal ni. Sedara jauh la tapi... Apa2 pun Alhamdulillah. Minggu sudah aku gi umah dia kat Manila. Gi kenal2. Diorang tinggal kat area Makati. Embassy Malaysia pun dekat2 situ gak. So.. seronok la aku. At least apa2 hal aku ada sedara kat sini. Syukur... Diorang siap teman hantar aku balik Los Banos lagi. Diorang pun nak tengok tempat aku tinggal kat sini.. nak tengok camner rupanyer pekan Los Banos.. camner keadaan UPLB. Minggu ni diorang balik cuti raya haji kat Malaysia. Tengah bulan Disember baru diorang balik sini balik.
+++++
Hmmm.. tak lama lagi dah nak raya haji. Sayunyer.. 2 kali raya tahun ni 2 kali gak aku tak dapat beraya sama2 ngan anak isteri. Huwaaaa... Buat isteri dan anak aku yang amat aku sayang.. Selamat Hari Raya Aidil Adha ye.. Kita terpaksa tinggal berjauhan.. terpaksa berpisah buat sementara waktu. Itulah pengorbanan.. pengorbanan yang mematangkan dan mendewasakan kita. Semoga kita anak beranak selalu tabah.. selalu kuat :-)

Saturday, November 7, 2009

Next week nak mula kelas dah...

Uit... senin ni dah nak mula kelas dah untuk semester 2.. huhu. Rasa cam baru semalam je aku datang mendaftar susah payah kat UPLB ni masa semester 1 dulu. Ekekeke... Nak mula sem baru ni kena la ngan semangat baru. Aku masih mencari lagi ni.. kui kui.. Selamat meneruskan sesi pengajian buat aku. Chaiyok! Chaiyok!!!
******
Semester ni aku akan amik 4 subjek... ENT 110: Insect Morphology... ENT 140: Insect Taxanomy... ENT 209: History of Entomology.... ENT 273: Insect Molecular Biology... Harap aku bleh bawak la subjek2 ni semua. Semester ni pun aku dah kena start nulis proposal projek. Hahahaha.. camner ni.. huhu.. blasah je la

Tuesday, November 3, 2009

Aku dah pulang dan aku pun dah pulang..

Pelik semacam je tajuk entry ni.. hehehe.. lama dah tak mengupdate blog. Malas giler sejak ada facebook ni. Wakakak.. apa la. Aku skang ni dah balik ke Los Banos balik setelah hampir 3 minggu bercuti balik kampung. Terubat rindu kat aimi ngan mama dia. Tapi skang ni dah mula rindu balik. Huwaaa.. dah rasa sunyi dah. Teringat kerenah aimi. Terbayang2 aimi sepah2kan mainan... simpan barang dalam kabinet tv.. joget bila dengar lagu2 feveret... aimi panjat tangga.. aimi baca buku.. aimi main kat playground. Huwaaa.. macam2 kitorang satu keluarga buat. Jalan2.. shopping2.. makan2..
******
Tak sabar nak tunggu bulan 12 ni plak. Nak balik lagi. Nanti ada cuti krismas dalam 2 minggu. Dah plan dah ngan aimi n mama apa nak buat. Nak gi penang melawat opis babah... nak balik kelate... nak gi bird park kat KL.. nak bawak mama gi IKEA.. Sempat ke 2 minggu nak buat semua tu. Kui kui.. nanti mama kena apply cuti banyak skit. Ekekek...
******
Arini kat UPLB dah mula general registration utk 2nd semester 2009/2010. As a continuing student, aku takde la banyak sgt problem cam mula2 daftar sem 1 dulu. Arini dah setel amik study permit utk semester ni ngan amik Form 5. Besok bleh gi setelkan yuran. Arini pun dah dapat result semester lepas. Alhamdulillah...
******
Semester ni actually aku selaku rakyat Malaysia tidak lagi berseorangan study kat sini. Ada sorang member opis MARDI Seberang Prai pun mendaftar skali semester ni. Dia nak buat Ms Plant Genetic Resource and Management. Camtu la kot nama program dia. Hehehe.. Semalam ngan arini aku tolong la mana yang bleh segala urusan serba serbi dari mula jejak kaki ke airport Manila ngan sampai ke Los Banos. Dia bawak anak kecik dia ngan laki. Tapi laki dia stay dalam 2 minggu je pastu kena balik Malaysia balik. So.. arini aku temankan dia gi check up kat University Health Services, dapatkan study permit dia.. bawak dia gi Graduate School ngan tolong cari2kan umah. Semalam bawak dia satu keluarga check in kat SEARCA Hotel. Diorang stay situ dulu sementara dapat umah sewa. Mudah-mudahan dia bleh adjust life dia kat sini n dapat tumpu pada Ms dia tu. Aku akan try tolong setakat mana yg bleh. Tak sampai hati tengok dia susah cam aku susah dulu. Saper lagi nak tolong kalo bukan kita sesama warganegara.. huhu
******
Petang semalam lepas hantar diorang check in kat hotel.. aku balik sampai masjid je terus rasa sebak. Teringat anak bini aku.. waaaa.. sedih. Kesedihan dan kelaparan berlaku serentak.. huhu.. Lepas mandi2 ngan solat maghrib aku pun bawak diorang makan kat New Malaya Cuisine.. pekena nasi goreng kampung. Pastu bawak diorang gi supermarket survey2 susu anak. Sesekali tengok muka member aku tu ada riak kerisauan ngan kesedihan. Nanti husband dia blah balik camner la. Teringat aku kat orang umah aku. Malam tadi orang umah hantar sms bg kata2 semangat kat aku. Penting bagi kitorang untuk terus kuat dan tabah. Kalo dipikirkan mesti ramai lagi yang senasib ngan kitorang.. yang senasib ngan member aku tu.. maybe mungkin ada yang lagi teruk dugaan yang diorang hadapi.
******
Cabaran sentiasa datang silih berganti.... Buat aimi ngan mama.. takmo risau2 kan babah ye kat sini. Doakan babah selamat daripada ribut2 yang semakin mengganas kat sini. Doakan babah selamat mengharungi semester 2 sesi 2009/2010 ni. Babah rindu korang...

Thursday, October 8, 2009

Menghitung hari nak cuti...

Wakakak... lama dah tak mengupdate blog. Aku malas sebenarnyer ngan ada sikit busy with all those class assignments.. labworks.. trip lah.. prensentations lah... Tu belum campur ngan nak final exam lagi. Actually dah dekat dah aku nak balik Malaysia ni. Dah nak abis dah semester ni. Otak aku dah malas nak pikir2 ngan tumpu pasal exam ngan siapkan assignment. Hahaha.. teruk aku ni. Dalam kepala otak aku ingat nak balik cuti je.. lagi 5 hari. Yeaaa.. tapi huwaaaa... banyak lagi nota nak kena study ni. Arggghh.....

Saturday, September 26, 2009

Hmm.. maafkan aku


Friday, September 25, 2009

New Malaya Cuisine in Los Banos.. huhu

Semalam aku dapat berita ada kedai makan Malaysia baru bukak kat pekan Los Banos. Huhu.. aku teruja. Arini member kelas aku pun ada bagitau. Dia cakap dah 2 malam dah dia gi makan coconut rice + chicken rendang kat situ. Wakakak.. suka dia makan nasi lemak ngan rendang ayam. Mesti sedap.. Rindunyer kat nasi lemak.. So, lepas kelas aku pun cadang nak gi cari kedai tu. Tapi sebelum tu kena gi lab dulu kira telur lalat buah. Huhu...
******
Naik jeepney turun depan Robinson Supermarket pastu jalan cari mana kedai tu. Kat tepi jalan je rupanyer. Aku pun gi la masuk memperkenalkan diri yang aku ni rakyat Malaysia. Mula2 yang sambut aku tu orang filipino. Pastu dia panggi bini dia kuar. Bini dia orang Negeri Sembilan. Kitorang borak cakap melayu je. Dapat aku bertutur bahasa melayu ngan dia. Seronok2.. last bertutur bahasa malaysia ngan Pak Bun masa dia datang training kat sini dulu. Tuan kedai ni bukan orang melayu tapi indian. Barang2.. rencah2.. rempah2 masak semua dia bawak dari Malaysia. Mula2 aku tanya makanan sini halal ke.. dia kata memang tak serve pork. Aku pun masuk je la duduk borak2 dulu ngan dia. Saper tah nama dia.. Ruth kot.
*****

*****
Masa borak tu aku bagitau la dia katner dia leh dapatkan supply daging ngan ayam yang halal. Kalo kedai dia serve halal nanti, memang confirm aku ngan geng2 indon lain jadi regular customer. Hehehe.. dia ok je. Nanti husband dia nak datang masjid mintak tolong Brother Umar untuk dapatkan supply ayam halal. Memandangkan aku lapar dan darurat. Huhu.. aku pun order je la sirap bandung ngan nasi lemak. Bleh tahan la.. sedap. Pasni datang sini makan ikan je lah dulu. Dalam menu dia ada kerabu mangga ngan epal. Pastu ada teh tarik.. kui kui.. Nanti bleh try. Kena make sure dia pakai ayam ngan daging halal nanti. Mudah-mudahan.. dia gak yang untung nanti.

Lepas makan.. aku pun siap2 la nak balik masjid ready nak solat Jumaat. Harap2 bisnes New Malaya Cuisine akan terus maju dan terbukti halal.. InsyaAllah... mudah-mudahan


Dah nak abis dah 1st semester 2009/2010..

Pejam celik pejam celik dah nak abis dah 1st semester sesi 09/10 kat UPLB ni. Lebih kurang 20 hari je lagi.. pastu semester break. Yeaaa.. Aku tak sabar nak cuti lama ni. Nak balik Malaysia.. rindu keluarga semua. Dah le raya aritu tak dapat balik. Dekat2 nak abis semester ni banyak la plak assignment yang kena buat. Lepas satu.. ada lagi satu. Tu tak masuk exam lagi nanti. Dalam kepala otak aku skang ni pikir nak balik je. Aku dah booking tiket dah nak balik kampung. Kena book awal pasal kalo lambat dapat tiket mahal la aku nanti. Aku gamble je. Tiket nanti balik 13 Oktober. Mintak2 aritu nanti takde la exam ke apa ke.. mintak2 kelas semua dah abis dah time tu. Kalo ikut jadual memang minggu tu takde kelas dah. So.. harap memang takde apa2 la ari tu nanti. Aku nak balik... aku tak sabar dah nak balik...
**********
Aimi ngan mama... tunggu babah balik ye..