Sunday, January 2, 2011

Selamat masuk ke tahun 2011

Selamat tahun baru untuk semua.. mudah-mudahan azam yang lepas dah terlaksana dan semoga azam yang baru akan tercapai dengan jayanya. Sempena tahun baru ni.. aku pun nak mulakan satu penghidupan yang baru... kalau boleh yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelum. Boleh ke? InsyaAllah.. aku ada anak isteri yang selalu bagi dorongan dan semangat untuk terus maju dan melakukan anjakan paradigma. Umur pun bakal bertambah tua setahun lagi. Nak masuk 30 dah. Dah semakin tua. Justeru itu.. chewaah.. aku akan cuba mengorak langkah mentransformasi diri ke arah yang lebih positif dan kalo boleh ke sesuatu yang boleh menyumbang kepada pembangunan kendiri. Hehehe..

Blog 'kadangkala terkulat kadangkala terkebil' ni aku nak mulakan dengan yang baru. Posting yang lepas-lepas dah pun aku delete. Kepada siapa-siapa yang pernah terbaca dulu, aku ucapkan jutaan terima kasih. Untuk 2011 ni, blog ni akan diberi nafas baru. Kalo boleh, aku bukan hanya nak memberi maklumat atau menulis sesuatu yang menghiburkan, tapi biarlah tulisan-tulisan tu mempengaruhi mereka yang membaca dan meyakinkan secara positif. Diharapkan segala tulisan aku nanti ada la yang sudi membaca... hehehe..

'Siapa kita pada hari ini dicorakkan oleh buku apa yang kita baca sekarang'. Ungkapan ni mengingatkan kita bahawa kandungan buku yang kita baca sedikit sebanyak dapat mempengaruhi tingkah laku, perwatakan dan kehidupan kita. Beruntunglah kita sekiranya kita selalu membaca bahan yang kaya dengan ilmu-ilmu yang mendidik jiwa dan rohani. Rugilah kalau kita membuang masa membaca bahan-bahan yang tidak memberi faedah dan merosakkan akal fikiran.

InsyaAllah.. mudah-mudahan aku akan dapat kongsikan bersama apa-apa yang aku dah baca sebagai pengajaran buat kita semua. Aku ni taklah pandai menulis dan mengolah tapi teringin sangat nak berkongsi bahan-bahan yang boleh mendidik jiwa dengan semua. Semoga azam kecil aku ni dapat beri manfaat..


Badrul

0 komen:

Post a Comment